21 October, 2010

A Little Pot Luck Breakfast




Yeahh... buat sekian kalinya kami sekali lagi mengadakan pot luck... hehe. Pot Luck ni dalam bahasa ringkasnya adalah di mana sekumpulan orang berkumpul dengan menyumbang makanan masing-masing dan makanan tu di makan bersama-sama...


Untuk pot luck kali ni saya bawa nasi goreng dan sambal sosej... bila masa je cik iti ni memasak ye? Saya masak belah malam pagi tu saya tinggal panaskan jer... hehe. Seronok sangat bila masing-masing bawa macam-macam makanan, spaghetti, kuih, keperek, nugget, sosej suam ada..


Ntah bila lagi kami dapat berkumpul bersarapan sama-sama lagi lepas ni. Maklumlah kami semua akan berpindah ke negeri yang telah ditetapkan.. dan saya sendiri akan berpindah ke Utara, huhu. Setelah hampir 5 bulan terperap kat sini, akhirnya kami akan keluar juga, Alhamdullilah. Jadi orang Utara lah saya selepas ni. Bersediakah saya??


Sebenarnya saya tak kisah pada awalnya pindah kat mana pun tak kisah. Tapi atas sebab2 tertentu rasa tak semangat pula nak memulakan tugas kat tempat baru. Semoga saya diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran akan datang. Kepada rakan-rakan sekerja selamat memulakan tugas di tempat baru nanti.

4 comments:

  1. semua kat gambar tu available legi ke?..

    ReplyDelete
  2. Siti nak kemana lak ni? Belum pun sempat nak jumpa siti kat Putrajaya, dah nak pi utara!

    ReplyDelete
  3. yg tudung coklat baju biru tu lolipop punye yea...hehe

    ReplyDelete
  4. Siti,
    Siti belum jawab pertanyaan saya, siti nak ke utara tu di mana?
    Belum pun sempat jumpa siti, dah nak pi!!
    Moga siti selamat dan bergembira di tempat baru.

    ReplyDelete