08 October, 2010

Tips Kebahagiaan Dalam Perhubungan

Kongsi segala-galanya terutamanya tanggungjawab.

Jauhi perkelahian. Jangan jerit atau meninggi suara antara satu sama lain.

Jika ada perbalahan salah sorang mesti menang, dan biarlah pasangan kita yang menang. Mengalah tak semestinya kita kalah.

Kalau nak kritik pasangan kita, kritik lah dengan cara penuh berhemah.

Jangan mengungkit kesilapan lepas pasangan kita.

Berilah sepenuh perhatian kepada pasangan kita. Jadikan dia teman yang telalu istimewa.

Selesaikan konflik. Jangan tidur selagi perbalahan/pertikaian tidak diselesaikan.

Jangan biarkan hari berlalu tanpa pujian/penghargaan buat pasangan kita.

Bila dah buat silap tu, mengakulah dan cepat-cepat minta maaf pada pasangan kita.

Sentiasa luangkan masa bersama. Raikan cinta anda setiap hari. Luahkan rasa sayang & cinta pada satu sama lain.
Tips kat atas ni adalah pendapat saya semata-mata, mungkin lain orang lain caranya.. if korang ada pendapat sendiri, bleh share kat ruangan komen di bawah.. :)

3 comments:

  1. Salam,

    Jika ada perbalahan salah sorang mesti menang, dan biarlah pasangan kita yang menang. Mengalah tak semestinya kita kalah.

    "Mengalah tak semestinya kita kalah."= so nak menang juga?

    ReplyDelete
  2. ni pengalaman parent saya sendiri. klu x sependapat mak akan mengalah.. tak lama pastu ayah mesti setuju dgn pendapat mak.. :)

    ReplyDelete
  3. camne kalau suami isteri dok berjauhan...x dptla nak tunjuk kasih sayang hari2...x boleh luangkan masa bersama hari2...

    ReplyDelete