14 November, 2010

Dunia Baru.. Kerja Baru.. Hidup Baru..

Pejam celik dah masuk 14 hari saya berada di negeri orang, jauh dari keluarga.. jauh dari yang tersayang..

Sesungguhnya, saya sangat2 merindui keluarga saya dan cinta hati saya yang berada jauh nun di selatan tanahair.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa sebaknye hati ni merindui mereka.. Sunyi tak dak kawan, jauh dr kuarga. Rasa sunyi tu buat saya tertekan dan menangis setiap hari, hati ni meronta-ronta nak balik.

Agak sukar untuk saya membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Makanan lah yang agak sukar, huhu.. nasi kandar lansung tak kena ngan selera saya, huhu. Kedua, sikap pemandu di sini yang boleh dikatakan memang biadap dan kurang ajar. Benciii sangat!!!

Sentuh bab kerja pula, Alhamdullilah kat sini semua Hakim dan Majistret baik2 belaka dan saya rasa di sini adalah tempat permulaan yang baik untuk saya belajar. Peguambela pula tak semua jahat, ramai yang memberikan kerjasama kepada saya yang baru ni..

Setakat hari ini, saya dapat katakan masalah penagihan dadah agak serius di sini.. hari2 saya jalan kan bicara kes dadah dan kebanyakan tertuduh datang dari kaum Melayu, sedihnya bila melihat kaum sendiri tersungkur dek najis dadah. Muka tak bercahaya lansung. bila tengok latar belakang kerja tak tentu hala.. apa nak jadi dengan anak melayu ni. If pape jadi pada negara kita, dapat kah mereka ni kita harapkan untuk pertahan kan tanahair kita.. hmm, ntah lah..

Hari ni saya berpeluang menghadiri majlis resepsi teman sekuliah saya, Renuga a/p Ramayah. Selamat Pengantin Baru dear.. saya tumpang happy untuk dia.. 16hb ni saya akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan AidilAdha.. Tak sabar rasanya walaupun saya akan sampai di pagi raya. Doakan saya selamat tiba.. :)


3 comments:

  1. Salam,

    Semoga selamat tiba... cuti sekolah dah dekat, cuti tak? (*_*)

    ReplyDelete
  2. rindu kt cik iti jgk...

    ReplyDelete
  3. Moga siti ceria di tempat baru...Moga siti sentiasa dilindungi Allah. Jaga diri.

    ReplyDelete