07 December, 2010

sebulan di perantauan..







Wahh.. dah sebulan lebih saya berada di perantauan.. tak ke mana pun, masih dalam Mesia jek.. haha. kat atas tu gambar2 saya sewaktu awal2 menjejakkan kaki ke sini, hik hik..


Jujurnya saya masih dalam proses untuk belajar menyesuaikan diri dengan tempat baru, suasana baru di sini.. Alhamdullilah, mudah2an segalanya dapat berjalan dengan lancar..


Saya rindukan masakan mak.. sambal goreng tok yah saya.. adik seha saya.. alahai, jauhnya nak balik. kalau kat Putrajaya dulu, Jumaat pas keje je dah bleh cabut. kat sini bas paling awal nak ke selatan pun jam 11 malam.. cuba bayangkan kul brape saya smpai?? sedihnya hati bila berjauhan dari keluarga. pape pun, inilah hakikat yang saya perlu belajar apabila kita mencari rezeki. Niat saya datang sini nak bekerja dan membantu kedua ibu bapa saya. Semoga Alla s.w.t memberi laluan yang mudah kepada saya.



soal keje plak, hmm.. no komen. kadang saya menangis malam2 sebab terlalu penat. hari2 saya berdoa agar ada tertuduh yang akan mengaku salah atas kesalahan mereka agar saya tak perlu menjalankan bicara.. haha, patut ke?



dapat menulis skit ni pun wpun sekadar merapu dah rasa lega.. tul jugak kata sorang kawan saya ni, bila cuti, jgn pikir keje.. tima kasih atas nasihat anda.. ada masa nanti saya nak mula menulis semula.. rindu nak menulis.. :)
Dikesempatan ni saya nak mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH wat semua umat Islam tak kira di mana anda berada.. semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t .. :)









3 comments:

  1. salam siti,

    dasat ya kerja sampai menangis, pandai2 lah bahagi msa tensen o klu terus menerus keje :)

    ReplyDelete
  2. salam Junah,

    biasalah tu cara saya release tensen, haha..

    ReplyDelete
  3. Moga siti tabah menghadapi ranjau di perantauan.

    ReplyDelete