23 December, 2011

2011 melabuhkan tirainya..

Assalammualaikum..

Setelah hampir sekian lamanya saya tidak menjenguk ke blog saya ni dek kerana kesibukan melaksanakan tugas-tugas harian, hari ini saya melakukan sedikit perubahan kepada blog saya.. kenapa saya pilih merah? saja je sekadar untuk menaikkan semangat saya yang tgh merudum ni dek kerana stress dgn tugas2 harian. dan mungkin kerana itu juga ringan sungguh jari jemari ni menaip.. sekurang-kurangnya hilang juga stress ni seketika..


Pejam celik tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.. sekejap je kan masa berjalan. Sepanjang tahun 2011 banyak perkara berlaku dalam hidup saya, segala suka dan duka, onak dan duri Alhamdullilah berjaya saya harungi..


Hmm.. kalau diimbas kembali tahun 2011 ni banyak meninggalkan kenangan manis dalam diri saya. Paling tidak akan dilupakan sudah tentulah tarikh keramat 11.3.2011 di mana saya telah menamatkan zaman bujang dengan jejaka yang sangat-sangat saya cintai, Encik Hubby.. saya sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan beliau dan terpilih untuk menjadi suri hidup beliau.. sesungguhnya Allah s.w.t telah memperkenankan doa saya..


Beliau sanggup merantau ke Penang meninggalkan ibu tercinta untuk bersama-sama saya, sungguh saya terharu dgn pengorbanan beliau.. semoga rumahtangga kami diberkati Allah s.w.t dan semoga kami sentiasa bahagia sehingga kahir hayat kami.. InsyaAllah.


Kerana kasihankan ibu mertua yang tinggal seorang di kampung, saya berusaha memohon pertukaran. Disitu pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui sehingga ada pihak yang tidak menyenangi saya. Saya kuatkan hati dan saya percaya andai saya di pihak yang benar Allah akan bantu dan memudahkan laluan saya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil, saya berjaya akhirnya.. Tanggal 1.11.2011 saya memulakan tugas di tempat baru di tanah kelahiran sendiri, Johor Darul Takzim..


Syukur Alhamdulillah dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya.. jujurnya masih ada impian saya yang belum tertunai, namun itu tidak akan melemahkan semangat saya.. saya akan terus mengejar impian saya. semoga tahun 2012 akan terus menjadi tahun bertuah buat saya. Kepada kedua ibu bapa saya, terima kasih atas doa, sokongan dan kasih sayang yang tidak putus-putus buat anakmu ini.. dan kepada suami tercinta, terima kasih atas cinta & kasihsayangmu.. semoga tahun 2012 akan bawa sinar baru dalam rumahtangga kita. InsyaAllah.. :)

29 October, 2011

selamat tinggal penang


salam sayang buat semua..

kali ni saya nk berkongsi cerita di mana saya telah pun di arahkan
utk bertukar ke Johor.. Alhamdulilah setelah genap setahun menunggu
akhirnya saya dpt pulang ke negeri kelahiran saya.. pejam celik dah setahun
saya bertugas di Pulau Pinang. byk kenangan pahit dan manis x dpt saya lupakan.
dulu datang single pastu berdua dgn suami.

saya akan sentiasa kenang saat2 manis saya di penang dan mana yg pahit tu
akan sy jadikan pengajaran. buat sahabat baik saya NoorHashimah Hamzah dan
Siti Nursakinah ingin sy ucapkan ribuan terima kasih atas segala kebaikan mereka
terhadap saya. koranglah sahabat sejati tempat saya berkongsi suka dan duka.
semoga kalian terus maju dan berjaya dlm kehidupan. jasa kalian
x kan pudar dlm ingatan saya. love you.. semoga kita berjumpa lagi,insyaAllah..

16 October, 2011

RESEPI PUDING TRIFFLES

Hye. hye..

Salam 1 Malaysia utk semua..


Kali ni saya nak berkongsi resepi puding triffiles yg mudah utk disediakan.. Resepi ni saya dah cuba buat dan terbukti sedap.. chewahh.. tak caya tgk gambar2 yg akan saya upload ni.. wehuu..



Puding ni saya sediakan sempena Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan ofis saya 26hb September yg lalu. Setiap orang digalakkan utk membawa juadah sampingan utk memeriahkan lagi jamuan tu.. mula-mula saya nak beli je karipap ayam kat pasar.. tapi bila fikir-fikir balik apa salahnya sesekali saya masak..


Cadangan saya ni saya suarakan pada suami saya.. tak sangka suami saya pun beri sokongan penuh dan sanggup nak bantu saya menyediakan juadah utk jamuan tu nanti.. hehehe..  


okay, berikut saya kongsikan resepi puding triffles;-

Bahan-bahannya:-


1 tin susu cair cap Tesco
4 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard cap Lady's Choice

1 mangkuk air
1 biji kek gulung (saya beli kat Tesco)
1 tin buah-buahan campur cap Tesco
1 peket agar-agar jeli kristal cap Tesco


Cara-caranya;-

Oleh kerana nak jimat kos, maklum lah dah hujung bulan sebab tulah saya beli bahan-bahan tu sumanya cap Tesco, hehe.. okay skang saya nak ajar cara-cara membuat puding ni.

Panaskan susu cair dengan gula.

Pastu bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk tp ms sy wat husband sy salah dia bancuh dgn air panas!! nasib baik x jadi pape.. Masukkan bancuhan tepung kastard tu ke dalam susu cair yang sedang mendidih, kacau hingga betul-betul pekat dan kastard pekat baru tutup api k.. amik bekas kaca susunkan kek gulung sehingga habis, tuangkan buah-buahan tin hingga habis.. opss, buang dulu air dia tau. Pastu baru tuangkan bancuhan kastard atas buah-buahan tadi.


Untuk jeli lak, masak dengan sukatan air yg ada ditunjukkan kat belakang kotak tu. bila dah pekat tuang atas kastard.. sebelum tuang jeli tu, saya susun hirisan strawberry untuk kelihatan menarik, nyumm.. nyumm..  tp masa tu x tau kat mana silapnya jeli tu mcm tak jadi, huhuhu..


Tadaaa.. barulah masuk dalam peti ess.. bila dah betui2 sejuk barulah dihidangkan.. senangg kannn??? selamat mencuba.. weehuuu..~
 



Pecaya tak sekejap je letak kat meja, dah licinnnn~

01 August, 2011

Ramadhanku Yang Pertama Sebagai Isteri..



Assalammualaikum sahabat/saudaraku..



Pejam celik bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan yang Mulia dan penuh dengan keberkatan ini..





Sesunguhnya Ramadhan kali ni amat berbeza buat saya berbanding dengan tahun-tahun yang sudah kerana tahun ni saya meraikan kedatangan Ramadhan sebagai seorang isteri buat kali pertama, alhamdulillah..






Hati ni sangat teruja nak sambut Ramadhan bersama suami tersayang.. nak sahur sama, buka sama.. beribadat sesama.. semasa kami berkawan kami tak pernah berbuka bersama.. sekali je suami saya datang berbuka bersama di rumah saya bersama kaum keluarga yang lain.. happy sangat waktu tu bila suami memuji sambal goreng jawa saya sedap, hehehe..






So, tahun ni awal-awal lagi kepala saya dah pusing memikirkan menu apa lah yang sesuai untuk juadah berbuka. Apalagi cari kat My Resepi lah, hehe.. saya mmg tak brp gemar beli makanan kat pasar ramadhan kecuali pencuci mulut. Masak sendiri lebih jimat dan terjamin kebersihannya.. Dulu saya bukan main liat lagi nak bgn sahur, tunggu mak jerit suh makan baru terkebil-kebil nak bgn, skang suma kena wat sendiri.. huhuhu..





Mujurlah suami tak banyak karenahnye, sahur pun senang dikejut & makan je apa yang saya hidangkan. Sejak minggu lepas suami tak cukup tidur bersengkang mata menjaga saya yang demam & batuk-batuk. Untuk hari pertama ni dia minta Mee Hoon Goreng sebagai juadah berbuka.. hmm, mudah jer, hehe.. untuk membalas budi Incik suami saya akan sediakan juadah yang paling sedap yang pernah dia rasa, hehe..






Dikesempatan ni saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog saya, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh umat Islam.. semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 keberkatan buat kita semua dan semoga saya dapat menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik sepanjang Ramadhan ini, InsyaAllah.. :)

19 June, 2011

Nasi Ambang




Aihh bila teringat nasi ambang terliur dibuatnya. Korang tahu ke Nasi Ambang tu apa?? Nasi ambang ni makanan orang Jawa. Memang makanan kegemaran saya lah, bila tiba bulan puasa Nasi Ambang memang akan jadi juadah berbuka saya tiap2 hari. Dia macam nasi kandaq kaa? Huh!! Jauh lagi sedap dari nasi kandar hokeyy!




Kalau di Johor especially kat Muar, selalunya nasi ambang ni hidangan untuk kenduri di kampung-kampung atau masjid. Nasi ni dihidangkan dalam dulang dan 1 hidangan tu boleh dinikmati 3-5 orang. Apa je yang dihidangkan dalam dulang tu?




Selalunya nasi ambang ni ada nasi putih, lauknya pula mesti ayam masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa, mee/mihun goreng dan ikan kering bulu ayam. Tapi kat pasar ramadhan skang ada peniaga yang gantikan ayam masak kicap dengan rendang ayam, perghhh sedapnyaa..




Satu ari tu saya teringin pula nak makan nasi ambang.. oleh itu, saya pun "modified" resepi asal nasi ambang, kira amik konsep lah untuk hidangan makan malam saya dan suami.. kenapa modified? yalah, balik keja dah kul brp, byk lah pulak masa saya nak masak ayam kicap segala tuh..




Hasilnya seperti dalam gambar di atas, hehehe.. amacamm? ada sayur, ayam goreng dan sardin masak kicap yang saya hidangkan di dalam pinggan hidang yang besar.




Saya dan suami bersila depan tv sambil menikmati nasi ambang kami.. bayangkan lah suap sama-sama dari pinggan yang sama, berselera sangat.. rasa hubungan tu erat/mesra sangat. Kalau tak pecaya cubalah, hidangan ni boleh mengeratkan hubungan suami isteri/kekeluargaan.

14 June, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung



Salam 1 Malaysia..


Hari ni saya pun nak share kejayaan saya memasak asam pedas. Cik Yam dalam blog dia masak mcm2 aishh.. terliur dibuatnya!! asam pedas ni masakan yang dahulunya saya tak pernah cuba untuk masak. Bila dah berkahwin suami teringin nak makan asam pedas saya mula menggelabah.. akhirnya saya nekad nak tunjuk pada suami saya tau masak hokeyy!


Hasilnya agak memuaskan lah, hahaha.. resepi nya takdelah detail sgt, ingat2 lupa resepi mak saya. berikut saya kongsikan resepi simple asam pedas saya, ngeh.. ngeh..


4 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah-blender
3 ulas bawang putih-blender
2cm kunyit hidup-blender
daun kesum (barulah wangi)
sedikit air asam jawa
3-4 sudu besar cili boh (org malas nak rebus cili)
sedikit belacan-blender skali ngan bawang

Cara-caranya:

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blender hingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar didih. Pastu masukkan daun kesum, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. Pastu baru masuk ikan, garam dan gula skit. Biar hingga ikan masak..

wahh.. jadi!! hehehe.. berselera suami saya makan.. tima kasih abang sbb abiskan nasi.. rasa happy sgt.. muahhh.. :)

03 April, 2011

Dari Muar ke Glasgow..


salam semua..




saya dan cik yam



Untuk pengetahuan pembaca, adik saya cik yam dah selamat sampai ke bumi Glasgow, Scotland.. cik yam berlepas daripada KLIA jam 2.00 pagi 2hb semalam untuk melanjutkan pelajaran di Glasgow.. sedihnya saya cuma dapat jumpa sekejap je sebelum dia berlepas kerana perlu balik semula ke Penang atas urusan kerja.. saya sempat belikan cik yam 2 helai mafla merah kesukaan cik yam, barulah terubat kesedihan hati ni.. sapalah tak sedih berjauhan dengan adik beradik.. sudah lah kami ni 4 beradik saja, dulu dia duk Terengganu boleh lah gak jumpa sekali sekala.. ini jauh di bumi orang, huhu..



Lama gak cik yam tunggu untuk dapat peluang sambung belajar ni, alhamdulillah kalau dah rezki tu tak kemana, akhirnya cik yam dapat juga capai cita-cita dia.. saya teringat masa kecik-kecik dulu, mak kami berangan nak anak-anak dia belajar sampai ke negeri orang, alhamdulillah impian mak juga tercapai bila cik yam melanjutkan pelajaran ke luar negeri.. tak sangka, dulu kami sekolah kat ladang kelapa sawit jer.. tapi kami berjaya buktikan bahawa anak ladang juga boleh berjaya dengan usaha yang gigih diiringi doa oleh kedua ibu bapa tercinta.



Untuk adik tersayang, selamat berjaya.. kami semua bangga dengan cik yam. we will miss you dear!! Jaga diri baik-baik kat tempat orang, semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi walau dimana cik yam berada..

14 January, 2011

Doaku dimakbulkan jua..

Salam sayang buat teman-teman yang mengikuti perkembangan saya..

Pagi ni saya nak berkongsi luahan hati atas apa yang berlaku kepada diri saya.

Dalam saya bertugas di sini hampir tiga bulan, ada juga hamba Allah yang tidak senang dengan kehadiran saya. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk berbuat baik kepada semua orang disini dari Yang Arif Hakim hinggalah ke makcik cleaner semuanya saya layan dengan baik, maklumlah saya di perantauan orang, saya sedar saya harus menjaga perlakuan..

Pada mulanya, hubungan saya dengan hamba Allah ni berjalan dengan baik sejak hari pertama saya tegur beliau, kami boleh bergelak ketawa dan beliau memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Hinggalah satu hari tu, dia mula berubah sikap terhadap saya menjadi dingin..

Mulanya saya fikir dia ada masalah, namun perkara ini berlanjutan. apa yang wat saya terkilan beliau mula bersikap kasar dan enggan beri kerjasama yang baik kepada saya. sudah tentulah kerja saya jadi agak rumit sebab tiada kerjasama dan persefahaman. Mujurlah Hakim saya seorang yang sangat baik. Saya bukan lah mahupun orang respect pada saya, cukuplah dengan memberi kerjasama yang baik tu sudah cukup untuk wat saya gembira. Tak salah kalau kita saling menghormati satu sama lain.

Hari demi hari sikap beliau makin menyakitkan hati., kadangkala sengaja nak memalukan saya di mata orang awam. Beliau tunjukkan kebenciannya kepada saya, saya tertanya-tanya apa puncanya. Jujur saya katakan sebagai seorang wanita yang dilahirkan dengan hati yang lembut, saya sangat terguris dengan perbuatan dan kata-kata beliau kepada saya.. makan hati sungguh dengan sikap beliau. Tapi atas dasar profesional saya ketepikan emosi saya dan saya tetap melayan dia dengan baik dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan-kawan mendesak saya agar wat laporan mengenai kelakuan beliau kepada saya, tapi saya enggan dan saya memilih untuk berdiam diri.

Dalam masa yang sama saya sering berdoa kepada Allah s.w.t agar diberikan ketenangan untuk berhadapan dengan manusia sebegitu rupa, saya mohon agar hati saya tabah dan cekal untuk berhadapan dengan situasi ini, saya mohon juga kepada Allah s.w.t jika saya dipihak yang benar, jauhkan lah saya daripada manusia yang membenci saya..

Dan akhirnya, SUBHANALLAH.. Allah s.w.t itu Maha Adil dan Mendengar doa hambanya.. doa saya dimakbulkan jua. Orang yang membenci saya tu ditukarkan ke unit lain dan saya tidak perlu lagi berhadapan dengan beliau. Sewaktu saya dikhabarkan berita ni, saya tergamam seketika dalam hati ni tak putus-putus mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah s.w.t.

Saya tak pernah berdendam dan saya mahu lupakan apa yang berlaku. Semoga hari-hari yang akan datang akan jadi hari yang lebih baik dari hari ini dan semalam.. InsyaAllah..