14 January, 2011

Doaku dimakbulkan jua..

Salam sayang buat teman-teman yang mengikuti perkembangan saya..

Pagi ni saya nak berkongsi luahan hati atas apa yang berlaku kepada diri saya.

Dalam saya bertugas di sini hampir tiga bulan, ada juga hamba Allah yang tidak senang dengan kehadiran saya. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk berbuat baik kepada semua orang disini dari Yang Arif Hakim hinggalah ke makcik cleaner semuanya saya layan dengan baik, maklumlah saya di perantauan orang, saya sedar saya harus menjaga perlakuan..

Pada mulanya, hubungan saya dengan hamba Allah ni berjalan dengan baik sejak hari pertama saya tegur beliau, kami boleh bergelak ketawa dan beliau memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Hinggalah satu hari tu, dia mula berubah sikap terhadap saya menjadi dingin..

Mulanya saya fikir dia ada masalah, namun perkara ini berlanjutan. apa yang wat saya terkilan beliau mula bersikap kasar dan enggan beri kerjasama yang baik kepada saya. sudah tentulah kerja saya jadi agak rumit sebab tiada kerjasama dan persefahaman. Mujurlah Hakim saya seorang yang sangat baik. Saya bukan lah mahupun orang respect pada saya, cukuplah dengan memberi kerjasama yang baik tu sudah cukup untuk wat saya gembira. Tak salah kalau kita saling menghormati satu sama lain.

Hari demi hari sikap beliau makin menyakitkan hati., kadangkala sengaja nak memalukan saya di mata orang awam. Beliau tunjukkan kebenciannya kepada saya, saya tertanya-tanya apa puncanya. Jujur saya katakan sebagai seorang wanita yang dilahirkan dengan hati yang lembut, saya sangat terguris dengan perbuatan dan kata-kata beliau kepada saya.. makan hati sungguh dengan sikap beliau. Tapi atas dasar profesional saya ketepikan emosi saya dan saya tetap melayan dia dengan baik dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan-kawan mendesak saya agar wat laporan mengenai kelakuan beliau kepada saya, tapi saya enggan dan saya memilih untuk berdiam diri.

Dalam masa yang sama saya sering berdoa kepada Allah s.w.t agar diberikan ketenangan untuk berhadapan dengan manusia sebegitu rupa, saya mohon agar hati saya tabah dan cekal untuk berhadapan dengan situasi ini, saya mohon juga kepada Allah s.w.t jika saya dipihak yang benar, jauhkan lah saya daripada manusia yang membenci saya..

Dan akhirnya, SUBHANALLAH.. Allah s.w.t itu Maha Adil dan Mendengar doa hambanya.. doa saya dimakbulkan jua. Orang yang membenci saya tu ditukarkan ke unit lain dan saya tidak perlu lagi berhadapan dengan beliau. Sewaktu saya dikhabarkan berita ni, saya tergamam seketika dalam hati ni tak putus-putus mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah s.w.t.

Saya tak pernah berdendam dan saya mahu lupakan apa yang berlaku. Semoga hari-hari yang akan datang akan jadi hari yang lebih baik dari hari ini dan semalam.. InsyaAllah..