19 June, 2011

Nasi Ambang




Aihh bila teringat nasi ambang terliur dibuatnya. Korang tahu ke Nasi Ambang tu apa?? Nasi ambang ni makanan orang Jawa. Memang makanan kegemaran saya lah, bila tiba bulan puasa Nasi Ambang memang akan jadi juadah berbuka saya tiap2 hari. Dia macam nasi kandaq kaa? Huh!! Jauh lagi sedap dari nasi kandar hokeyy!




Kalau di Johor especially kat Muar, selalunya nasi ambang ni hidangan untuk kenduri di kampung-kampung atau masjid. Nasi ni dihidangkan dalam dulang dan 1 hidangan tu boleh dinikmati 3-5 orang. Apa je yang dihidangkan dalam dulang tu?




Selalunya nasi ambang ni ada nasi putih, lauknya pula mesti ayam masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa, mee/mihun goreng dan ikan kering bulu ayam. Tapi kat pasar ramadhan skang ada peniaga yang gantikan ayam masak kicap dengan rendang ayam, perghhh sedapnyaa..




Satu ari tu saya teringin pula nak makan nasi ambang.. oleh itu, saya pun "modified" resepi asal nasi ambang, kira amik konsep lah untuk hidangan makan malam saya dan suami.. kenapa modified? yalah, balik keja dah kul brp, byk lah pulak masa saya nak masak ayam kicap segala tuh..




Hasilnya seperti dalam gambar di atas, hehehe.. amacamm? ada sayur, ayam goreng dan sardin masak kicap yang saya hidangkan di dalam pinggan hidang yang besar.




Saya dan suami bersila depan tv sambil menikmati nasi ambang kami.. bayangkan lah suap sama-sama dari pinggan yang sama, berselera sangat.. rasa hubungan tu erat/mesra sangat. Kalau tak pecaya cubalah, hidangan ni boleh mengeratkan hubungan suami isteri/kekeluargaan.

4 comments:

  1. nasi kankang camna lak

    ReplyDelete
  2. dua hari berturut2 makan nasi ambeng. tak muak! :D

    ReplyDelete
  3. nak cuba lah resepi nasi ambang nih..manalah tahu leh eratkan hubungan kekeluargaan :-)

    ReplyDelete
  4. sedapnyer....hari ni aku masak ayam masak kicap..

    ReplyDelete