23 December, 2011

2011 melabuhkan tirainya..

Assalammualaikum..

Setelah hampir sekian lamanya saya tidak menjenguk ke blog saya ni dek kerana kesibukan melaksanakan tugas-tugas harian, hari ini saya melakukan sedikit perubahan kepada blog saya.. kenapa saya pilih merah? saja je sekadar untuk menaikkan semangat saya yang tgh merudum ni dek kerana stress dgn tugas2 harian. dan mungkin kerana itu juga ringan sungguh jari jemari ni menaip.. sekurang-kurangnya hilang juga stress ni seketika..


Pejam celik tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.. sekejap je kan masa berjalan. Sepanjang tahun 2011 banyak perkara berlaku dalam hidup saya, segala suka dan duka, onak dan duri Alhamdullilah berjaya saya harungi..


Hmm.. kalau diimbas kembali tahun 2011 ni banyak meninggalkan kenangan manis dalam diri saya. Paling tidak akan dilupakan sudah tentulah tarikh keramat 11.3.2011 di mana saya telah menamatkan zaman bujang dengan jejaka yang sangat-sangat saya cintai, Encik Hubby.. saya sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan beliau dan terpilih untuk menjadi suri hidup beliau.. sesungguhnya Allah s.w.t telah memperkenankan doa saya..


Beliau sanggup merantau ke Penang meninggalkan ibu tercinta untuk bersama-sama saya, sungguh saya terharu dgn pengorbanan beliau.. semoga rumahtangga kami diberkati Allah s.w.t dan semoga kami sentiasa bahagia sehingga kahir hayat kami.. InsyaAllah.


Kerana kasihankan ibu mertua yang tinggal seorang di kampung, saya berusaha memohon pertukaran. Disitu pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui sehingga ada pihak yang tidak menyenangi saya. Saya kuatkan hati dan saya percaya andai saya di pihak yang benar Allah akan bantu dan memudahkan laluan saya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil, saya berjaya akhirnya.. Tanggal 1.11.2011 saya memulakan tugas di tempat baru di tanah kelahiran sendiri, Johor Darul Takzim..


Syukur Alhamdulillah dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya.. jujurnya masih ada impian saya yang belum tertunai, namun itu tidak akan melemahkan semangat saya.. saya akan terus mengejar impian saya. semoga tahun 2012 akan terus menjadi tahun bertuah buat saya. Kepada kedua ibu bapa saya, terima kasih atas doa, sokongan dan kasih sayang yang tidak putus-putus buat anakmu ini.. dan kepada suami tercinta, terima kasih atas cinta & kasihsayangmu.. semoga tahun 2012 akan bawa sinar baru dalam rumahtangga kita. InsyaAllah.. :)

2 comments:

  1. kem salam kat cikdin..ngn adik seha mok2

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun 2012 akan memberikan sinar dan cahaya baru dalam hidup cik iti... Dan semoga segala impian yang belum tercapai akan terlaksana didalam tahun 2012... Insyaallah

    ReplyDelete