28 December, 2012

Selamat Datang 2013

Assalammualaikum semua,

Hari ni Jumaat, 28.12.2012 adalah hari Jumaat yang terakhir dalam tahun ini.. dan saya masih berada di pejabat tengah berblogging.. hehe


Sekejap rasanya masa dah berlalu tahun 2012 sudah tiba ke penghujungnya tahun 2013 akan tiba x berapa lama je lagi. Apa perasaan saya masa ni? Jujurnya saya rasa biasa saja takdelah teruja mana nak sambut tahun baru.



Google Images



Sempena 2013 ni saya dah senaraikan azam baru yang saya ingin capai pada tahun hadapan. Alhamdulilah, banyak impian saya sudah pun tercapai pada tahun 2012 ni dan yang paling bermakna saya sudah pun diserapkan ke jawatan tetap, syukur sangat-sangat.. berkat doa mak abah dan suami ni.. rasa penat lelah bekerja tu berbaloi sangat-sangat.. :)


Ada juga impian saya yang masih belum tercapai, tapi tak apa.. saya tak pernah putus asa dan saya akan terus berusaha.. saya percaya rezeki adalah ketentuan Allah, kita sebagai hambaNya mesti kuat berdoa disamping berusaha.. apa yang saya amalkan sekarang, sabar, senyum, syukur dan sangka baik pada Allah S.W.T. Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat saya, hambaNya..


Dikesempatan ni, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih buat suami saya yang sentiasa disisi menyokong kerjaya saya, memberikan sepenuh kasih sayang pada saya.. tak lupa juga buat kedua ibu bapa saya yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak.. semoga saya terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya, InsyaAllah.. harapan saya juga saya akan cuba perbaiki kelemahan saya, dan berusaha menjadi insan yang lebih baik pada tahun hadapan.


Semoga rakan-rakan pembaca juga punya semangat yang sama.. chaiyok!!! Selamat Tahun Baru!!!

06 November, 2012

Resepi Sambal Ayam dengan Terung

Kali ni sy nak kongsikan resepi mudah utk isteri2 yg bekerja seperti sy. resepi ni simple je. masa sy masak sy boleh menyambil tgk drama Julia kat TV3, haha..
 
 
 
Ok, berikut adalah resepinya:-
 
Bahan-bahan:
10 ketul ayam
10 tangkai cili kering
4 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
segenggam ikan bilis
1 biji bawang Holland
minyak utk menumis
1 biji terung (dipotong panjang)
 
 
Cara-caranya:
 
1. Goreng ayam separuh masak, ketepikan.
2. Goreng terung separuh masak, ketepikan.
3. Kisar bawang putih, bwg merah dan cili kering yg telah direbus bersama ikan bilis.
4. Tumis bwg holland sampai wangi pastu masukkan bahan kisar.
5. Tumis sampai terbit minyak, masukkan garam, gula mengikut citarasa msg2..
6. Sebagai pengganti asam jawa sy masukkan asam keping utk dptkan sedikit rasa masam.
7. Bila dah dpt rasa yg sedap masuk kan ayam & terung. Kacau sebati.
8. Hidangkan dengan nasi panas, nyum.. nyum.. :-)

02 November, 2012

YBGK: Khidmat Peguam Percuma??


Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ni dah diperbadankan pada 25 Januari 2011 hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2010.


 

 
Tujuan utama penubuhan YBGK ni adalah untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat guaman dalam kes jenayah termasuk jenayah Syariah kepada semua warganegara Malaysia bermula dari seseorang itu ditangkap, semasa permohonan reman, permohonan ikat jamin, masa perbicaraan dan di peringkat rayuan.

 

Syarat-syarat nak dapatkan bantuan dan khidmat guaman YBGK mestilah warganegara Malaysia.

 

Kalau nak dapatkan bantuan guaman di peringkat perbicaraan dan rayuan plak, YBGK hanya mewakili tertuduh yang mempunyai sumber pendapatan :-

 

(i) tidak lebih daripada RM 25,000 setahun; atau

(ii) kalau pendapatan melebihi RM 25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM 36,000 setahun hendaklah membayar yuran guaman sebanyak RM 300.00.

 

Sume jenis kesalahan jenayah adalah layak dibantu kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak diliputi oleh YBGK sebabnye mahkamah akan sediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah kepada mana-mana tertuduh dalam kes-kes berkenaan.

 

Kalau layak gunakan khidmat YBGK untuk kes-kes bicara setahu saya tertuduh tak leh pilih peguam, sebab peguam yang mewakili tertuduh tu akan dipilih dikalangan peguam panel YBGK.

 

Skang saya nak share secara ringkas apa prosedur kalau ada di kalangan ahli keluarga korang ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah.

Sebaik sahaja ditangkap, polis akan beritahu orang yang ditangkap mengenai hak dia untuk diwakili oleh peguam, dan akan menghubungi peguam bertugas untuk mewakili orang yang ditangkap tu. Ada borang yang perlu difakskan kepada pejabat YBGK.

Kemudian, orang yang ditangkap tu akan dihadapkan ke hadapan Majistret. Peguam bertugas akan mewakili orang yang ditangkap semasa permohonan reman. Peguam ni akan datang ke Mahkamah, dia akan temuramah orang yang ditangkap pastu bila nama orang tu dipanggil, peguam yang akan cakap bagi pihak dia.

Masa peguam temuramah, family atau orang yang ditangkap tu boleh beritahu kalau nak mintak jumlah reman dikurangkan dengan bagi alasan korang. Kalau sakit dan perlukan rawatan, korang boleh beritahu kat peguam tu. Peguam akan maklumkan pada Mahkamah.

Bila dah dituduh di Mahkamah, Peguam akan mewakili tertuduh semasa pertuduhan dibaca pertama kali dan semasa membuat permohonan untuk ikat jamin. Kalau korang tak nak ahli keluarga korang tido lokap korang kena bayar duit jaminan. Peguam akan tanya, apa pekerjaan tertuduh, apa tanggungan dia, pendapatan dia. Peguam akan minta kepada Mahkamah jumlah jaminan dikurangkan.

Kalau tertuduh mengaku salah pula, peguam YBGK ni akan buat mitigasi bagi pihak tertuduh. Apa tu mitigasi?? Mitigasi ni rayuan untuk mengurangkan hukuman.

Kalau tak mengaku salah pula, Mahkamah akan beri tarikh bicara selepas selesai pengurusan kes. Jika tertuduh layak diwakili, peguam akan hadir mewakili tertuduh sehingga perbicaran selesai.

Ikut pengalaman saya lah, ada tertuduh yang dah biasa keluar masuk Mahkamah mereka dah tak perlukan peguam ni, mereka boleh bercakap bagi diri sendiri. Kalau mereka yang pertama kali ditangkap juga, sebelum ada YBGK ni saya sendiri akan guide mereka secara ringkas untuk buat rayuan. Walaupun mereka ni tertuduh, bagi saya mereka juga ada hak untuk didengar.

Untuk tahu lebih lanjut tentang fungsi YBGK ni, pembaca boleh lah melawat laman web YBGK. :)

 

 

Resepi Puding Roti Simple

Satu lagi resepi mudah dari saya.. Puding Roti Bakar.. yeehaa!!

Resepi ni pun dari buku masakan mak saya. Kalau tengok gambar bawah ni memang nampak pucat sebab lom bakar lagi masa ni.. len kali saya upload gambar selepas dibakar pula okayy.. :)



 
 
 
Bahan-bahannya:
BAHAN A:
  • Mentega (saya guna cap Buttercup jek)
  • 250 g gula
  • 1 liter susu full cream
  • 5 biji telor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
 
BAHAN B:
  • sebungkus roti gardenia yg kecik
 
Cara-caranya:  
 
  1. mula-mula tu kita panaskan oven dengan suhu 180c
  2. sapu skit mentega pada loyang pembakar (saya guna loyang cetek mcm dalam gambar tu)  
  3. Dalam bekas lain, kita koyak-koyak kan roti masukkan bahan A dan gaul dengan tangan je sampai sebati (senang kann?)
  4. Masukkan adunan roti ke dalam loyang
  5. Last skali bakar selama 45 minit pd suhu 180c. Selamat mencuba.. :)
 
Puding Roti yang dah siap dibakar.. :)
 
 


Resepi Makaroni Bakar Simple

Yeayy.. percubaan untuk buat makaroni bakar akhirnya berjaya dengan bantuan mak saya..
 
Resepi makaroni bakar ni mak saya yang ajar, saya ambil dari buku masakan mak saya.. nampak mudah, Alhamdulillah nk buat pun mudah saja. Berikut saya kongsikan resepinya, sesuai untuk orang yang baru nak belajo masak mcm saya ni, ce  tgk kat bawah ni?? cantikk kan makaroni bakar saya?? hikhik.. :)
 

Susunkan keju dan tomato cincang, taburkan serbuk roti.. ;)


BAHAN-BAHANNYA :-)

2 paket makaroni (x dak jenama pun x pa)
125 gram keju mozarella, nak hiris bleh parut pun bleh (saya guna keju murah jek)
1 paket mix vegetables
2 tiub ayam cincang (daging lagi bagus sebab halus)
2 biji tomato merah, cincang halus
2 biji bawang holland, dadu (klu guna bawang ni manis rasanya)
5 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh lada hitam (tumbuk halus)
5 biji telur

1 kotak susu rendah lemak (sy guna Marigold)
Garam dan gula secukup rasa

Sedikit serbuk roti
Sedikit air


Makaroni yang telah siap dimasak digaulkan dengan susu dan telur


 
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus makaroni dalam air yang dimasukkan sedikit garam, sampai lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak, sejukkan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih sampai wangi, pastu kacau rata dan tuang sedikit air.
  3. Tambah lada hitam. Masak sekejap, baru masukkan ayam, pecah2 kan isi ayam dan gaul rata.
  4. Masukkan sayur campur. Tambah garam secukup rasa dan 1 kiub ayam, nyum..nyum. Gaul rata sampai ayam masak.

UNTUK MAKARONI BAKAR:-

  1. Bancuh macaroni tadi dalam periuk besar. Masukkan susu, gaul sampai rata.
  2. Pastu masukkan pula telur, gaul rata.
  3. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega.
  4. Masukkan adunan macaroni tadi ke dalam loyang pembakar. Susun tomato cincang kat bahagian atas, tabor lagi telur yang dah dipukul, diikuti dengan keju pastu taburkan serbuk roti.
  5. Bakar dengan suhu 175c selama 35 minit. Selamat mencuba!! :)
 
Makaroni bakar sedia dihidang, nyumm.. nyumm..


 

Petua Kurangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum,
 
Sejak akhir-akhir kawasan saya kerap dilanda hujan.. dari pagi ke tengah hari cuaca panas terik bila tiba waktu petang hujan turun mencurah-mencurah.. apa pun saya bersyukur, semuanya kejadian Allah dan pasti ada hikmahnya.. post kali ni ada kaitan juga dengan hujan kerana saya nak berkongsi tips/petua mengurangkan sakit kepala.
 
Semalam, hujan turut lebat lebih kurang pukul 1.30 petang, waktu tu saya nak keluar rehat. Dah tentu lah kan terkena hujan. Tak lama lepas tu kepala saya terus berdenyut-denyut sampai menangkap ke dalam rasanya, MasyaAllah hanaya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya rasa.. so, saya decide untuk balik awal semalam.. kul 5.00 petang saya dah chowww balik umah.
 
 
*credit to: Google Image
 
 
Bila balik umah saya terus melepek x boleh nak wat apa dahh.. bila gerak sikit je kepala ni terus kebas dan berdenyut-denyut. Saya seboleh-boleh memang tak mahu bergantung kepada ubat-ubatan tapi memang seksa lah nak tahan sakit tu hanya mampu berselawat untuk mengalihkan perhatian drp terlalu memikirkan kesakitan.
 
Bila keadaan makin teruk saya dah tak tertahan.. nak tau apa saya buat??
 
Saya gagahkan diri bangun pergi masak air. bila air dah masak saya buat teh O panas.. Masa teh tengah panas tu hadapkan muka ke air biar wap tu kena kat muka kita, berselawat lah di dalam hati minta pada Allah S.W.T agar sakit kepala kita ni sembuh.. pastu sebelum air teh O tu mula suam, cepat-cepat minum perlahan-lahan.. nak tau tak, bila air tu kita teguk, serta merta denyutan di kepala saya ni beransur hilang.
 
Bila denyutan tu dah kurang, saya minum lagi secawan.. masuk cawan ke tiga, Alhamdulillah dengan Izin Allah s.w.t, lega sangat kepala ni rasa ringan je.. barulah saya boleh bangun dan mandi dengan air suam..
 
Mungkin rakan-rakan yang sakit kepala akibat terkena hujan boleh amalkan apa yang saya buat ni, InsyaAllah dengan izin Allah kita pasti sembuh.. :)

03 September, 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR, 2012

Assalammualaikum,

Salam September pada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya ni..
 
Utk entry kali ni saya nak share pengalaman saya menyertai acara perbarisan sempena sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-55. Asalnya saya tidak terpilih untuk perbarisan ni, nak dijadikan citer saya diperlukan untuk menggantikan seorang rakan yang menarik diri. Bagai orang mengntuk disorongkan bantal, saya terus bersetuju.. hehehe.
 
Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor tahun ni diadakan di daerah Kluang. Ditemani suami tercinta, seawal jam 6.30 pagi kami dah bergerak dari rumah menuju ke Kluang. Rasa teruja tu meman ada sebab ini pengalaman pertama saya menyertai perbarisan, hehe..
 
 

 
 
Dalam perjalanan tu hujan selebat-lebatnya, risau juga cemana lah nak berbaris ni, tapi syukur alhamdulillah sebaik tiba di bandar Kluang, hujan mula reda dan matahari mula tersenyum menyambut kedatangan saya.. ;)
 
Saya tiba jam 7.30 pagi masa tu dah ramai kontinjen dari agensi lain dah pun dalam barisan masing-masing. Rasa meriah sangat bila tengok orang ramai-ramai tu (mak aii, jakunnya aku.. kekeke).
 
Acara sambutan bermula dengan menyambut ketibaan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Diikuti nyanyian Negaraku, bacaan doa dan nyanyian lagu Janji Ditepati, bacaan sajak seterusnya laungan MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! beramai-ramai. Waktu tu saya rasa bangga sangat menjadi warga Malaysia, rasa sebak juga ada kerana saya diberi peluang untuk hidup dalam suasana yang aman damai di negara ni.. Jujur cakap, bila kita sertai acara sebegini, sedikit sebanyak ia dapat menghidupkan lagi semangat cintakan negara dalam sanubari kita.. orang bodoh dan tak tau bersyukur sahaja yang tak tahu menghargai keamanan negara kita ni..
 
 
 
 
 
Acara kemuncak sudah pasti perarakan dari pelbagai agensi, pelajar sekolah serta NGO diikuti ucapan amanat daripada Dato' Abdul Ghani Othman. Satu perkara saya perasan, suara Menteri Besar Johor mirip suara Perdana Menteri kita!! ;)
 
 
 
 
Semoga negara kita sentiasa dilindungi dari sebarang anasir jahat dari luar, dilindungi dari rakyat yang penuh dengan muslihat dan kepentingan diri, dilindungi daripada malapetaka dan bencana yang tidak diingini.. selagi kudrat kecil ini masih ada, dan selagi saya bernafas saya akan terus berbakti kepada negara yang saya cintai ini, SAYA SAYANG MALAYSIA!!! ;)
 

30 August, 2012

Salam Aidilfitri, 2012

Assalammualaikum,

Wahh, pejam celik sudah Syawal ke berapa kita berada yea? Syukur Alhmadulilah saya masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai nikmat berhari raya bersama keluarga tercinta..

Tahun ni tahun kedua saya beraya sebagai isteri kepada En. Sharifuddin. Tahun ini juga tahun kedua saya beraya di rumah mertua. Sudah menjadi tradisi keluarga saya, ibu dan ayah saya akan beraya di rumah keluarga ayah di Petaling Jaya. Jadi saya tak dapat lah ikut mereka beraya sekali. Saya harap tahun akan datang saya dapat beraya bersama ibu bapa saya pula.

Tak kisah sebenarnya beraya kat mana pun, yang penting suami mesti ada disisi barulah kemeriahan tu terasa. Saya juga bersyukur kerana hubungan saya dan ipar duai bertambah baik berbanding tahun-tahun lalu. Harapan saya semoga kemesraan ini berkekalan hingga akhir hayat.




 
 
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca yang menyinggah ke blog saya ni. Jemput datang berhari raya di rumah saya pada 1hb September ini, saya akan mengadakan Rumah Terbuka buat julung kalinya, gambar akan diupdate kendian, hehe.. ;)

29 March, 2012

Selamat Tinggal Rakan-rakan..

Salam Semua,

Pejam celik dah hampir tiga minggu saya bertugas di tempat baru.. mulanya berat hati saya nak meninggalkan tempat kerja lama saya memandangkan rakan-rakan di sana baik2 belaka.



Bergambar bersama barisan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah

Tapi apa nak buat, ini lah adat makan gaji sedia menurut perintah. Sebelum saya melangkah pergi, sempat juga rakan-rakan sekerja meraikan saya, terharu sangat. Mulanya mereka plan nak raikan saya di sebuah Hotel, tapi atas dasar menghormati permintaan saya sendiri nak makan kat restoran Nasi Beriani favourite saya, akhirnya kami lunch bersama di restoran tersebut.



Cenderahati daripada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah.. mekacih. :)


Koperal Krishnan, anggota kesayangan saya. Beliau sangat efisien, cekap dan amanah..
Saya hormat beliau mcm ayah kandung sendiri sebab beliau jaga saya mcm jaga anak sendiri.. baik sangat. :)


Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa, InsyaAllah.. :)

Dikesempatan ini, saya ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama, kebaikan semua rakan-rakan sekerja saya sepanjang saya berkhidmat di situ selama 4 bulan. Semoha Allah S.W.T membalas kebaikan mereka kepada saya. Segala jasabaik mereka dan kenangan kami semasa bekerja akan saya simpan dalam ingatan hingga akhir hayat. InsyaAllah.. :)

Berita Harian Online | Dua lelaki cium mulut kena penjara enam bulan

Berita Harian Online | Dua lelaki cium mulut kena penjara enam bulan

Berita Harian Online | Meraung selepas dijatuhi penjara 10 tahun

Berita Harian Online | Meraung selepas dijatuhi penjara 10 tahun

23 January, 2012

Resepi Sambal Goreng Jawa

Salam semua..

kali ni saya nak berkongsi resepi sambal goreng jawa versi mudah.. berikut adalah bahan-bahannya.. ;)




1 ikat kacang panjang
3 keping tempe
1 biji kentang
1 biji tauhu
1 paket su'un & tauhu kering
3 sudu kicap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit belacan
1 biji cili hijau
2 hiris halia/lengkuas (mana2 yg ada kat esbok)

Cara-caranya:

1. Potong lah kacang panjang tu menyerong, ketepikan
2. Goreng tempe, kentang dan tauhu, ketepikan.
3. Rendam su'un & kulit tauhu, ketepikan.
4. Tumis bawang merah, putih, belacan, halia/lengkuas dan cili hijau.
5. Bila dah wangi masuk kan kacang, tempe, kentang dan tauhu.
6. Masukkan su'un & kulit tauhu.
7. Masukkan kicap. Gaul rata. Masak hingga kacang empuk. Siap. :)

Sayur ni memang favourite saya, maklum lah keturunan jawa. makan hari2 pun saya x jemu.. lebih sedap kalau ditambah hati ayam. Selamat mencuba.. :)