02 November, 2012

YBGK: Khidmat Peguam Percuma??


Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ni dah diperbadankan pada 25 Januari 2011 hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2010.


 

 
Tujuan utama penubuhan YBGK ni adalah untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat guaman dalam kes jenayah termasuk jenayah Syariah kepada semua warganegara Malaysia bermula dari seseorang itu ditangkap, semasa permohonan reman, permohonan ikat jamin, masa perbicaraan dan di peringkat rayuan.

 

Syarat-syarat nak dapatkan bantuan dan khidmat guaman YBGK mestilah warganegara Malaysia.

 

Kalau nak dapatkan bantuan guaman di peringkat perbicaraan dan rayuan plak, YBGK hanya mewakili tertuduh yang mempunyai sumber pendapatan :-

 

(i) tidak lebih daripada RM 25,000 setahun; atau

(ii) kalau pendapatan melebihi RM 25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM 36,000 setahun hendaklah membayar yuran guaman sebanyak RM 300.00.

 

Sume jenis kesalahan jenayah adalah layak dibantu kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak diliputi oleh YBGK sebabnye mahkamah akan sediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah kepada mana-mana tertuduh dalam kes-kes berkenaan.

 

Kalau layak gunakan khidmat YBGK untuk kes-kes bicara setahu saya tertuduh tak leh pilih peguam, sebab peguam yang mewakili tertuduh tu akan dipilih dikalangan peguam panel YBGK.

 

Skang saya nak share secara ringkas apa prosedur kalau ada di kalangan ahli keluarga korang ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah.

Sebaik sahaja ditangkap, polis akan beritahu orang yang ditangkap mengenai hak dia untuk diwakili oleh peguam, dan akan menghubungi peguam bertugas untuk mewakili orang yang ditangkap tu. Ada borang yang perlu difakskan kepada pejabat YBGK.

Kemudian, orang yang ditangkap tu akan dihadapkan ke hadapan Majistret. Peguam bertugas akan mewakili orang yang ditangkap semasa permohonan reman. Peguam ni akan datang ke Mahkamah, dia akan temuramah orang yang ditangkap pastu bila nama orang tu dipanggil, peguam yang akan cakap bagi pihak dia.

Masa peguam temuramah, family atau orang yang ditangkap tu boleh beritahu kalau nak mintak jumlah reman dikurangkan dengan bagi alasan korang. Kalau sakit dan perlukan rawatan, korang boleh beritahu kat peguam tu. Peguam akan maklumkan pada Mahkamah.

Bila dah dituduh di Mahkamah, Peguam akan mewakili tertuduh semasa pertuduhan dibaca pertama kali dan semasa membuat permohonan untuk ikat jamin. Kalau korang tak nak ahli keluarga korang tido lokap korang kena bayar duit jaminan. Peguam akan tanya, apa pekerjaan tertuduh, apa tanggungan dia, pendapatan dia. Peguam akan minta kepada Mahkamah jumlah jaminan dikurangkan.

Kalau tertuduh mengaku salah pula, peguam YBGK ni akan buat mitigasi bagi pihak tertuduh. Apa tu mitigasi?? Mitigasi ni rayuan untuk mengurangkan hukuman.

Kalau tak mengaku salah pula, Mahkamah akan beri tarikh bicara selepas selesai pengurusan kes. Jika tertuduh layak diwakili, peguam akan hadir mewakili tertuduh sehingga perbicaran selesai.

Ikut pengalaman saya lah, ada tertuduh yang dah biasa keluar masuk Mahkamah mereka dah tak perlukan peguam ni, mereka boleh bercakap bagi diri sendiri. Kalau mereka yang pertama kali ditangkap juga, sebelum ada YBGK ni saya sendiri akan guide mereka secara ringkas untuk buat rayuan. Walaupun mereka ni tertuduh, bagi saya mereka juga ada hak untuk didengar.

Untuk tahu lebih lanjut tentang fungsi YBGK ni, pembaca boleh lah melawat laman web YBGK. :)

 

 

1 comment: