07 August, 2013

Puyuh Masak Lemak Cili Api





Yeayy.. sempena Hari Raya ni saya nak berkongsi resepi Puyuh Masak Lemak yang mudah untuk disediakan kalau tetamu datang ke rumah kita..


Tak payah leceh-leceh, bahan pun mudah dan murah.. yang penting gerenti sodappp!! 




Bahan-bahan


10 ekor burung puyuh – saya belah dua
cili api 20 ulas, ditumbuk
serai 1 batang, diketuk
asam keping 1 keping
1 inci kunyit  hidup, ditumbuk
Santan (1 biji kelapa) – saya guna santan kotak jenama KARA
2 biji kentang, dibelah empat
Daun limau purut - disiat


Cara-cara


  1. Tumbuk cili api dengan kunyit.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk tadi tu ke dalam periuk sekali dengan puyuh. Tambah sedikit air dan renihkan dengan api kecil sehingga semua bahan mesra dan air daging puyuh keluar.
  3. Setelah air agak kering, masukkan santan dan kacau sekali-sekala atas api sederhana.
  4. Ketuk serai dan masuk kan ke dalam periuk. Masukkan asam keping, dan daun limau purut.
  5. Last skali saya masukkan kentang.
  6. Masak sampai kentang empuk dan kuah jadi pekat.


Yummyyy!! Mudahkan?? Selamat Mencuba.. :)

No comments:

Post a Comment