07 August, 2013

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum buat semua pembaca blog Siti Ariffin..


Rasa macam baru semalam saja kan kita memulakan ibadah puasa kita.. Pejam celik Ramadhan dah tiba ke penghujungnya.. Syawal pula menjelma.. 


Syukur Alhamdulilah saya masih diberikesempatan untuk menemui Ramadhan pada tahun ini. Syukur juga saya panjatkan pada Allah kerana ibadah puasa saya tahun ni tidak diduga dengan penyakit gastrik kronik saya.. 





Macam mana dengan persiapan korang?? Untuk saya tahun ni saya memilih untuk lebih bersederhana berbanding tahun-tahun lepas.. bukan apa, saya tak bercuti panjang pun.. see, sekarang pun saya masih berada di ofis menyiapakan kerja-kerja yang masih berbaki.. bila sangap je tangan ni mula lah gataii nak menaip.. hihihi..


 



Sempena kedatangan Syawal yang Mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua orang di atas kesilapan tutur kata saya, tingkah laku saya.. Maafkan lah saya, sesungguhnya yang buruk itu dari saya sendiri dan yang baik itu dari Allah sw.t.. Saya hanyalah hambaNya yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.. 


Semoga Syawal tahun ini membawa seribu makna.. seribu kebahagiaan buat kita semua.. sambutlah Syawal ini dengan penuh keinsafan dan kegembiraan yea.. Jangan kita lupa pada yang dalam kesusahan.. Kepada ahli keluarga yang telah meninggalkan kita, kirimkan lah doa buat mereka agar mereka menemui kesejahteraan di alam sana, InsyaAllah.. Semoga kita terus diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.. :)




SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN..

No comments:

Post a Comment